Thursday, May 1, 2008

Nilai kasih seorang ibu...

Nilai Kasih Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yg sedang sibuk menyediakan makan mlm di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yg b’tulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan diapron, menyambut kertas yg dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu :
Tlg pergi kedai RM1.00
Tlg jaga adik RM2.00
Tlg buang sampah RM1.00
Tlg kemas bilik RM2.00
Tlg siram bunga RM2.00
Tlg sapu sampah RM2.00
JUMLAH RM15.00

Selesai membaca, si ibu t’senyum memandang si anak sambil sesuatu b’ligar-ligar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen, dan menulis sesuatu di belakang kertas yg sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - Percuma
Kos b’jaga mlm kerana menjagamu - Percuma
Kos air mata yg menitis keranamu - Percuma
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - Percuma
Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu - Percuma
JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU - Percuma

Air mata si anak b’linang setelah membaca apa yg dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya sayangkan ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'TELAH DIBAYAR' pada muka surat yg ditulisnya.

Diriwayatkan seseorg telah b’temu Rasulallah SAW dan b’tanya, 'Wahai Rasulallah, siapakah yg paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulallah menjawab, "Ibu mu, ibu mu, ibu mu kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

Al-Fatihah buat ibu2 yang telah kembali kepadaNya.

No comments: